Showing posts with label hometown. Show all posts
Showing posts with label hometown. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

i'm goin home~ (^ 0 ^)/

Mood : eksited
Music : tak dengar pa lagi dalam bas karang baru bukak

yosh! ohayou minna!!!
hi hi psychedelic chan!

ini ari i akan balik umah yang lame dah tak balik.
ari tu balik mase raye aji pon kejap jek kat umah.
pastu balik umah nenek pulak.
bontot pon tak panas lagik.
so hopefully 4 days of worthy holidays for me!!
i ade less than one hour nak naik bas.
skung i kat tbs. sat lagi nak naik bas dah.
Ya Allah, semoga perjalanan ku selamat tiba... Aminnn~~

line tepon + internet kat umah sini still cam bangang.
hopefully kat umah nanti clear se-clear clear nye!!!

luggage yang siap malam tadi. :3

tuan puteri on the way ke lrt. sempat lagi nak berselca tepi jalan. *duhh~~ XP*
wokey!!
time to take off people!!
jaa~!!! 
SEE YOU IN JB!!!
KL PEEPS, ADIOS AMIGOS!! X33

Wednesday, January 18, 2012

another bump

Mood : like shit.
Music : D'espairRay - Marry The Blood
Location : Office

hey minna~
it's been a while. i miss psychedelic (this blog name, geddit?) a lot.
again i'm having my depression mode on.
and it's getting worst since 14th Jan.
why that date?
cuz that's the date he came.
and since that, i mind can't stop thinking about him.
like what the hell, man?!

and i haven't be here cuz of this lame baka connection problem i'm having.
GLADLY TO SAY, I HAVE ZERO CONNECTION AT HOME :DDD
well, that's nice, wasn't it???
fakku you!!

and this week i'm going back to JB.
my mom said the line there is A OKAY
alright, lets see!
i shall be blogging from there.
four days at home sweet home with mah nekos :DD
i'll post the entry of the second parcel i got from CDjapan.
it was AWESUUUUUUUUUUUUUUUUME ;)

Saturday, February 12, 2011

KOKO :: kasihan my lovely kitty (T_T)

gile lame tak hapdate blog. i tau. lately i takdak mood nak menulis (sebenarnye malas, ngakujelah cik ija oii~) ni dah masuk minggu kedua lepas raye cina. mase raye cina tu i balik my home sweet home kat jb. dah lame tak balik. rindu pada anak-anak i.. (tu meng-refer-kan kepada kucing ye, jangan pikir benda lain pulak!) so hari wilayah lepas (cuti umum untuk negeri berstatus wilayah jek) i balik jb naik bas. double decker you. tapi i dok bawah jek. tiket i diberi seat bawah bukan atas, so jangan nak buat rules sendirik pulak. tapi before i sampai ke bukit jalil, adelah satu incident yang tak boleh blah. bagpack i putus tali pulak. dah lah i dah terlambat nak kejor bas ke lrt lagi, boleh pulak beg tu menemui kecelakaan! terpaksa i patah balik ke rumah dengan berlari manja tukar beg. sudahnye, i pergi lrt naik teksi jek. i siap cakap uncle teksi tu suruh drive cepat sikit tapi dia jawap "ini suda cepat maa... tak boleh cepat lagi..." i terus diam. bukan ape, malas nak bertekak ngan uncle tu. janji sampai lrt sudah. thankfully i sampai bukit jalil tak terlepas bas. bila dah sampai stesen bas larkin, i suruh my ayah amik i. ape kelas naik teksi kan? on the way nak balik umah tu, my mak cakap kucing i dibogelkan. huh?! bogel?!  my mak cakap my kucing KOKO (hilmi, takdak kene mengena ngan hang, ok!) terkena gam tikus pada badan dia last week. i tanya my mak cam mana boleh kena, dia jawap tak tau. i tau kucing i ni aktif dari segi merayau. maybe dia terkena gam tu mase merayau-rayau. bila sampai umah jek i terus carik my KOKO. bila my KOKO balik i tengok lah keadaan dia. sedey nye T__T ! terpaksa ditogelkan bahagian yang terkena gam tu sebab dah terlekat dengan kertas kadbod. my KOKO ni manja. i balik jek dia terus nak manja-manja dengan i. sian tau! i uploadkan pics yang my ayah amik mase kat vet tuh~

KOKO selepas dibiuskan

doktor dah shave have of her lower body pastu bubuh ubat sapu kaler kuning (tak sure ubat ape)

bahagian KOKO yang disapu ubat

ni pulak keje yang i buat masa boring dalam bas O_o


sekarang i dah jadi absolute korean crazed. hari-hari dengar lagu FT Island. nape? nanti i bagitau yek! XOXO

Sunday, December 5, 2010

ex hometown

macam tak percaya. aku telah pulang semula. tapi kejap jek. ex hometown aku. SUNGAI BULOH, SELANGOR. kat sini memang banyak kenangan yang susah nak lupe. aku dok sini dari aku tadika sampai la form two. kira lame lah tu. sesekali datang, macam-macam perubahan aku tengok. dulu jalan kecik. sempit. sekarang dah besar. lebar. dulu sekolah rendah aku kaler putih. sekarang dah kaler merah (merahh??) dulu aku melintas jalan pi sekolah pakai pedestrian. sekarang ade jejambat. dulu depan umah aku takdak seven-e. sekarang dah ada. haish! pendek kate macam-macam dah ade dibanding kan dengan dulu. 

aku pon selalu mimpikan ex hometown aku. umah lame aku. padang tempat aku selalu main, bercanda, bersuka ria. oh, penah sekali kaki aku tersnagkut kat pokok. mase tu aku dalam darjah 3 - 4 gitew. dah tak hengat. sampai member seperjuangan aku terpaksa panggil mak aku tolong turunkan aku yang dok tersangkut sebelah kaki kat pokok. aku punye melalak toksah cerita lah. kaki tak sakit tapi ade kesan geseran ngan kulit pokok yang sedia maklum memang tak licin. kalau kulit pokok tu licin cam muka siti nurhaliza, dah lame aku leh lepas dari celah pokok tu. biaselah mase tu budak. perangai nauzubillah. paham-paham je lah.

bile dah masuk sekolah menengah, aku dah jadik cam anti-social sket. social kat sekolah jek. kat umah memerap. dok dalam bilik berjam-jam buat hal sendiri. pastu mase yang selebihnye dok depan tv. kalau cuti sabtu ahad memang tv tu 24 hours milik mutlak aku. ayah aku nak tengok citer lain pon tak leh. duu family aku pakai saluran berbayar yang dipanggil mega tv. time tu astro tak wujud lagi. mega tv nih same cam astro. sume ade. kartun, news, movies. sume adelah. feveret channel aku mase budak mestilah cartoon network. 24 jam kartun memanjang. sampai ayah aku tegur asyik tengok kartun jek. aku jawab lah "boleh belajar english sekali", bagus tak jawapan aku? heh~

bile dah besar sket aku banyak tengok channel axn. sebab mase tu tengahari ngan petang ade cartoon jepun a.k.a anime. time tu memang aku gile tengok anime. Samurai X. You are Under Arrest, Fushigii Yugii (Curious Play). banyak lah anime best-best. time ni channel animax tak wujud lagi. so balik sekolah jek aku terus mengadap tv. makan pon depan tv. dah tak nampak dah meja makan tu lagi.

mase aku dok kat sini aku selalu main games console. tapi bukanlah console yang canggih manggih cam x-box ke, playstation ke. takat nintendo korok zaman tok kadok jek. alah console yang pakai tape tu. aku selalu main super mario. yang ni selalu lawan ngan ayah aku sape yang dapat higher scorer. aku akan pilih mario ayah aku adik mario yang kaler ijau tu. ape ke name dia aku dah lupe. games lain yang aku main cam super tanks, donkeykong, golf, motor racing. banyak gak tapi name dah lupe. aku suka beli tape yang ade 99 in 1 games. 

perkara yang paling aku suka wat kat hometown aku ni ialah pi KFC. KFC tu depan rumah. so bile aku teringin nak makan KFC aku akan mintak duit kat mak aku, pi naik basikal ke KFC tu. biasenye aku beli zinger burger. ayam pon ade tapi jarang. satu lagi perkara yang aku suka wat ialah aktiviti melawat kedai. feveret? kedai yang ade jual majalah dan komik & kedai stationery. dari sini aku pupuk minat baru iaitu membeli komik. komik feveret : Sailormoon. collection tak lengkap tapi boleh kira banyak jugak lah volume yang ada. komik lain : GTO a.k.a Great Teacher Onizuka. alah yang citer nye ade kat tv dulu. pelakon nye Takashi Sorimachi tu... tapi version komik GTO ni lebih kepada adult content berbanding ngan drama tv nye. part tu korang paham-paham lah yek. tapi aku tak kumpul abis komik nye sebab dalam pertengahan pengumpulan, aku pon berpindah. kat jb pulak time tu aku tak tau nak carik kat ne komik-komik ni. so terbengkalai lah collection aku. pasal kedai stationery pulak, aku suka beli pen kaler-kaler. aku kan kreatif. pade korang yang mengenali Natasha Azereen Nasaruddin, dia tau maksud "kreatif" aku ni. tapi hobby kumpul pen kaler-kaler ni aku pick up dari classmate aku mase form 2 iaitu, Nurul Zakiah Rustam Afandi a.k.a. Lun. Lun, ko memang lah. dah banyak collection pen kaler-kaler aku. tapi hobby ni mase sekolah jek. mase kat poli pon ade tapi advance sket. more to collection art tools. budak fashion. kene ade macam-macam art tools untuk sketching. barang jahit pon kene ade gak. tapi bile dipikir-pikirkan cam rase rugi pulak aku tak wat graphic course first choice aku. aku tengok budak-budak graphic cam cool jek. sempoi tapi gile-gile.

hahaha.. nampaknye aku dah merepek jauh dari tajuk entri nih~ apasal pegi ke poli pulak dah? ija-ija.. makin lame makin merepek la ko ni... bahana tengok drama banyak. tapi ni lah citer aku serba sedikit pasal ex hometown aku. memang susah aku nak lupe kan sampai terbawak-bawak dalam mimpi. bile aku flashback balik mimpi tu aku terasa cam deja vu. semuanye sejibik cam dalam mimpi. maybe aku akan pulang semula ke sini? sape tau?

kah kah kah... apesal aku gelak? aku pon tak tau. tetibe rase nak gelak.