Sunday, November 28, 2010

muvi reviews : harry potter and the deathly hollows part 1


high expectation came to me when i went to watch this movie today at berjaya times square, kuala lumpur. perrghh~ tetibe speaking london pulak lah.

okay.okay. back to business. arini merupakan ari aku bersoh-sial bersama teman. teman aku dari politeknik dulu. alert; beliau seorang gadis sebaya aku. so, jangan nak buat assumption bukan-bukan.

anyway, balik kepada cerita yang aku nak story. akceli kisah harry potter yang sebelum ni, Harry Potter and the Half-blood Prince aku tak tengok so aku tak sure whether intro citer ni adelah kesinambungan dari ending yang lepas atau tak. but it all started dengan scene macam kat tempat tinggal harry di dunia muggles (manuasia biasa) cam dah kene satu pendemic serius. lagi serius dari H1N1. sume orang pakat nak pindah tempat yang lebih selamat. ni berikutan terdapat beberapa muggles yang dibunuh kejam (tapi ku yang tak sure kenapa, sebabnye aku tak tengok citer yang sebelumnye) oleh orang-orang dark lord voldermort yang diorang gelarkan you-know-who sebab diorang tak boleh cakap name makhluk yang mempunyai idung bagaikan dipotong. orang-orang yang djadikan kuli batak ni digelarkan sebagai death eaters. tapi depa ni orang bukan nye makhluk magic yang berupa buruks.

so, ianya bermula kat rumah harmoine. mak abah dia bercadang nak pindah. jauh pulak tu. nak pindah australia. tapi of coz la harmoine tak nak sebab dia nak bersama-sama dengan bestfriend dia harry dan ron. so, harmoine pon bertindak agresif dengan meng-erase-kan memory mak abah dia pasal dia. kiranye dia ni tak penah wujud lah dalam famili tu. sian gak kat harmoine tapi aku tak emo.

yang kes encik potter ni pulak, famili pakcik dia yang tak guna tu memang dah bersiap nak pindah. sumer dah loading dalam kete. tinggal nak jalan jek. memang diorang jalan pon. tapi harry tinggal. ye lah, takkan harry nak ikut depa jugak, tinggal ngan pakcik dia yang celaka tu. tapi harry takkan tinggal kat situ. dia akan dipindahkan ke dunia magic. but not that simple. sebabnye si voldemort botak tu nak bunuh harry. memang dah nazar dari sejak harry baby lagi lah. so, nak memindahkan budak cermin mate bulat ni bukannye senang. disebabkan cikgu kesayangan harry dah mampos, kerja harry untuk mengerjakan voldemort jadik agak susah. sebab voldemort jahat. bila jahat memang adatlah lagi kuat. pulak tu ngan sekutu jahanam dia yng terdiri daripada lucius malfoy & anak dia draco (draco ni satu batch ngan harry kat sekolah sihir) & severus snape iaitu cikgu kat sekolah sihir yang melantik diri dia jadik pengetua baru lepas dia bunuh dumbledore, orang yang paling penting bagi harry.

aku tak leh nak story sumenye nanti korang kate spoiler. jadik aku citer sikit-sikit dah le. banyak part2 yang kelaka dalam citer ni. cam part bile nak pindahkan harry. mad-eye telah lantik beberapa orang untuk menyamar jadik harry untuk confius-kan death eaters. untuk menyamar diorang kene minum pollyjuice potion yang digaul ngan rambut harry. so ade sorang harry yang dilantik dari perempuan memang lawak giler. bayangkan harry pakai baju pompuan siap pakai bra..

part yang elf cute tu datang tolong harry best. dobby dah pakai kasut! ron siap puji cantik kasut dobby. tapi agak sedih gak sebab dobby mati sebab tolong harry & friends escape dari tali barut voldemort.

aku paling suke kat beg serbaguna harmoine. dia tak payah nak bawak bag besaq-besaq nak isi barang. bag sequin (bak kate ron) harmoine tu leh isi macam-macam. kemah pon muat. bapak best giler beg camni. kalau aku ade, macam-macam aku leh bawak. beg kecik jek tapi leh isi satu supermarket.

part ujung memang tergantung. dah namenye pon part 1 takkan teruih abis, ye dok? sebab ape dia cakap deathly hollows, diangkat dari tale sihir tentang the three brothers. three brothers ni masing-masing mempunyai   satu cam price-possession lah. tongkat sihir yang sungguh powerful. satu batu hikmat yang magic. satu kain yang boleh meng-invisible-kan orang. dumbledore ade tongkat sihir tu yang di-buried-kan bersama mayat orang tua tu yang telah pon di-hijack oleh voldemort sebab voldemort takdak tongkat sihir untuk bunuh harry.  bukan takdak just tongkat dia equally powerful ngan tongkat harry. dia cakap mereka boleh mengcederakan each other tapi tak leh kill each other melainkan salah sorang ade tongkat dan power yang lebih kuat. yang tak diceritekan adelah tentang kain halimunan atau name dia the cloak of invisibility. aku ingat lagi kat dalam filem yang first, harry telah diwasiatkan oleh parent dia untuk mewarisi kain ni mase birthday dia yang ketujuh. tak taulah lau akan dimasukkan hal ni dalam part 2 nanti. yang batu power tu aku tak bape sure. oh ye. ketiga-tiga benda alah ni membentuk satu simbol ala-ala illuminati. tu yang tak best tu. ade pulak kait-kait pasal dajal ni. lagi satu, tongkat harry dah jahaman mase dalam advanture diorang ni. 

ade gak part-part lain yang best tapi tak mo citer. nak tau pi tengok sendiri kat panggung. just aku nak tau harmoine ngan ron ni couple ke tak? haha.. lau couple cam okey gak sebab sorang serius, berotak geliga, bersifat matang dan sorang lagi bodoh-bodoh alang tapi sangat sensitif dan loving person gitew. aww.. wait, ron loving person? korang tengok je lah. harry pulak kapel ngan ginny, adik ron. nak bandingkan ginny ngan harmoine, lawa harmoine lagi. tapi cara harry rapat ngan harmoine lain macam. tu yang wat ron jeles giler. hah! spoiler alert!

anyway, part 1 best. hopefully part 2 lagik best. 80 kali ganda best. tak sabaq nak tunggu sambungannye. aku akui aku die-hard-fan harry potter walaupon harry ni tak hensem langsung (bagi aku lah. tak tau orang lain).



ah ye. tadi sempat gak rembat kasut ngan harga rm10. sapa tak mau?

Saturday, November 27, 2010

melayan ke laut

arini memang aku ade sedikit frust. ekceli, ade dua ke-frust-an. tu termasuk yang semalam punye. tapi hal semalam sat lagi cer. yang aku frust sekarang adelah line internet yang memang tahap gaban nak mampos. sungguh celaka. arini aku nak loading game fesbuk feveret takleh. pesal ntah! nak berkali-kali aku refresh pastu reload page tetap tak dapat bukak. sial sungguh! dah dah lembab nal loading.  tapi cam ade satu perasaan yang mengganggu aku yang mengakatakan masalah berpunca dari time aku bayaq internet aritu.

nak jadik cer, aritu ari sabtu. memang tarikh yang sepatutnye dah bayaq bil. tu aku dah story dalam entry lepas. esoknye aku pi bayaq kat tempat yang dikira tak berapa authorized untuk bayaq bil internet tapi dah dateline punya pasai pulak tu kedai kuning tu kate system down, aku pi bayaq jugak lah kat kedai yang tak berapa authorized tu setelah depa jugak yang recommend. so sejak ari tu line internet ni cam gampang jek. sadis. celaka. aku nak upload gambar pon payah. kalau aku tau nak je aku gagahi kaki pi kl bayaq bil. tak kisah la jauh ke hapa janji line okehh.. :(

dengan itu fesbuk manjadi satu perkara yang amat membosankan dikala ini. baik aku layan novel mini dalam buatan aku. dok tulis citer antu malam-malam bute ade gak pekdahnye.

nak citer pasal second frust adelah acara marathon aku lepas balik keje. gila ape ko ija marathon lepas keje? semalam ujan tak berapa nak lebat so aku ngan colleague berjalan menuju ke monorail raja chulan. time tu dah nak maghrib lah. bajet keje lawfirm balik tak tentu. tapi lau ikut letter offer balik kul 6. sampai kat stesen tengok bapak ramai giler orang memang OMG (oh-memang-giler). orang beratur sampai melimpah ke tangga. aku naik atas tengok dua-dua belah same. ni mesti kes tren lambat nak sampai. pulak tu ujan. monorail bile ujan jadik cam astro. aku tunggu dalam sepuluh minit satu bayang muka tren langsung takdak. orang pun dah banyak menyampah tunggu lelama kuar balik. seb baik gak aku pakai pass monthly, tak yah nak beratur return tiket.

bab marathon aku pon start. memula berjalan ala-ala tourist baru sampai kl. siap snap-snap gambar taman yang belum nak siap kat jalan simpang raja chulan - sultan ismail. memang banyak kete dan banyak jam. raja lawan sultan. masing-masing tak mo kalah. apelah ngarut nih~ demm.. sambung. aku pon jalannnnnn (bajet cam jauh perjalanan tu) sampai bustop bb (stands for bukit bintang ye people). bajet nak naik bas. tapi sebatang muncung bas pon aku tak nampak. yang aku nampak yelah orang yang berpusu-pusu depan aku jalan terus. diorang ni cam orang-orang kat monorail tadi. agaknye depa nak jalan pi hang tuah kot.. memula cam hesitate. nak jalan ka nak tunggu. jalan ka tunggu. last-last aku amik keputusan untuk teruskan marathon. kalah pon takpa janji sampai rumah cepat. so aku pon berjalan lah secepat yang mungkin ngan kasut baji aku yang asyik tertanggal tapak dia ke hang tuah. kasut ni pon satu. aku baru beli satu-satu tanggal. celaka. dah la mahal. pulak tu ujan (tapi time tu dah berenti ujannye) dan pagi tu aku baru je bubuh gam kasut kat tapak. dalam hati berdoa janganlah tapak kasut ni wat hal dalam aku tangah marathon nih~ udahle dah malam.

tapi semalam memang ramai yang berjalan ke hang tuah tanpa manaiki monorail. mane tak nye nak menapak kat stesen sampai kul 8.30 pekajadahnye? ropenye baru tadi aku tau apesal monorail cam bangsat semalam. ade pokok tumbang atas landasan kat depan hard rock cafe sultan ismail. patut la tak nampak bayang. tu pon aku bace metro lepas aku sampai rumah tadi.

sejak tukar keje ni aku dah kurang alert ngan berita-berita muktakhir. idup aku sekarang ni digelumangi ngan saman-menyaman, surat-menyurat, tuntut-menuntut, bank tu, bank ni, court tu, court ni, sampai nak lunch pon kekadang tak sempat. apetah lagi nak bersenda tawa sambil bace surat kabo sambil menghirup teh o suam.


harap esok aku boleh happy-happy. ceria-ceria. layan muvi (harap tak menghampakan). jalan-jalan ngan member poli adelah perkara nikmat selepas mengalami saat frust. yeahh!

Sunday, November 21, 2010

Bajet nak kurus

celaka punya tajuk entri. tadi dinner aku hanyelah sepinggan naget dan secubit dua roti disertakan dengan empat lima teguk air masak dan juga segelas susu Hi Goat (susu ni sedap. sape kate susu kambing tak sedap? bilang sama aku!)

esok ingat nak makan roti je lunch. tapi breakfast tu maybe heavy sket. nasi lemak ke.  mihun goreng ke.

agak-agak menjelang malam berat aku ade turun sekilo dua tak?

Nak jadi penulis..

aku dah start menulis semula.. tu hobi tu.. mane lah tau lah wat duit ngan hobi kan. kan sekarang ni banyak orang jadikan hobi salah satu punca pendapatan.. tapi aku menulis untuk suka-suka. wat kepuasan diri sendiri. dulu aku menulis memang guna cara kuno. pakai pen dan kertas. sekarang dan advance. pakai komputer. tu pon lepas microsoft word telah berjaya diinstall semalam. hahaha..


aku ni memang suka menulis. bermula dari sekolah menengah kat sg buloh dulu. dengan itu aku nak berterima kasih kan sorang member aku ni yang namanye Nurul Hanna Hussein Shah atau name manjenye Nana. Nana, mane ko hah? puas aku carik ko kat fesbuk tak gak jumpe-jumpe. Nana lah yang memulakan hobi cambest ni. kitorang wat join-venture novel untuk suka-suka. citer pasal cinta remaja lah. 


lepas pindah jb pon aku tetap teruskan menulis. cam-cam citer aku tulis. sampai lah subjek feveret aku kat sekolah adelah esei. especially english esssay. kalau aku start mengarang, meleret-leret jadinye. haha. habit buruk aku.


dari menulis gak aku dah minat membaca. mase tu kat sekolah nak beli novel mahal nak mampus. nak pinjam aku ni shy-shy gitew. so aku bace jelah buku-buku literature sekolah. novel literature yang best aku penah bace adelah Phantom of the Opera. tu adelah sukatan literature untuk kawasan sekolah kl dan selangor mase aku form 2. memang satu citer yang best. tapi lau orang lain tak suke, ade aku kisah?


walaupon literature best, aku tak minat sangat poem-poem. ye lah. aku ni mane lah ade bakat nak bersyair bersajak bagai.. nak susun ayat wat pantun pon belum tentu aku leh wat. lagi-lagi nak ayat bajet syahdu gitew. aduss..


so sekarang ni, aku dah start balik menulis setelah sekian lama pending, postpone dan sewaktu dengannya. citer nye diangkat dari filem antu korea feveret aku, Wishing Stair yang aku ubah sket jalan citer dan character nye. mood dia tetap sama.


chance korang tuk bace citer aku? tu korang tunggu je lah.. jeng jeng jeng..






nanti aku dah jadi penulis terkenal, aku nak jadik pengarah cum penerbit filem pulak. pastu aku canang yang filem aku ni leh jadik box office mencatat 80 juta ringgit gitew... wah!! cita-cita tak nak blah!!

Wednesday, November 17, 2010

bila mau tidoq ni?

jam pc dah kul 2.25 m (mase start tulis entri ni). mulenye tak nak tulis. takdak idea la. ni [on baru je bukak internet. lambat giler online arini. bajet taknak online tapi dah bosan bukak la. mate ni pulak tak reti nak mengantuk pulak dia...

tadi lepas balik keje terus solat and tunggu maghrib. mandi, dinner and terus wat keje. keje yang sengaja ditangguhkan berminggu lamenye. pasai apa? malas. tu penyakit kronik aku..

kul 8 aku pon start pulun sampai siap keja. tu pon siap dalam kul 1 pagi. mak aih! apa kebendanya tu? heh..


ni lah yang aku dok kerjakan.. aritu dah siap baju. tapi hemming tak jahit lagi. tadi siapkan sarung pulak. wat hemming sekali.. tengah dok terkedek-kedek mesin singer season aku tu sempat lagi melayan anak-anak.. (anak kucing ye.. I belum kawen lagi..) depa dok rayap keliling kaki aku. akhirnya siap.. dah boleh pakai raye sok..

tapi, ni bukan baju aku.. raye haji ni takdak baju baru. baju raye pose aritu pon aku tak alter lagi. so aku pakai baju lame jek.. jadilah.. daripade tak berbaju langsung.. gitew?

oh ye.. pagi tadi on the way pi keja aku rasekan diri aku dalam keadaan bahaya. pasal apa? mase tu aku dalam tren dari umah aku. aku perasan yang pakcik dreba tren ni bawak laju semacam. behenti kan stesen  pon barang 1-2 saat jek. lepas tu, bile tren dan lepas stesen miharja sekali bersaing dengan tren dari sri petaling. berlumba la katakan! pakcik ni makin laju. ye lah.. aku dah cuak tadi kot-kot berlanggaq ngan tren lagi satu. jadik kes pulak kat situ.. 

moral of the story: bawak kenderaan tu berhemah. nak laju leh tapi pada tempatnye lah.. nak bawak basikal roda tiga pon kene patuh speed limit taw!

hemm.. dah la tu nyah.. aku dah tak tau nak tulis pa lagi ni.. anyway..


SELAMAT HARI RAYA
AIDILADHA..

cantiklah pulak kaler-kaler..

Monday, November 15, 2010

Jenaka Sukak-Sukak

pagi tadi mase aku on the way pi keje aku dengaq radio. Traxx fm.. heheh, radio melayu kureng sket aku ni.. tengah gelak sensorang dengaq celoteh dj segmen "Morning Zoo" ni, ade satu joke depa bagi. kat sini aku tulis balik joke nye yang berbahasa inggeris...

"there are three different man (dari tiga negara berlainan) boarding on a plane. Chinese, British and Malaysian (tapi tak cakap melayu ka, cina ka, india ka). then suddenly a devil came to them and request them to do something (cam setan lah gitew-kenape? aku pon tak tau). the devil said " i want each one of you to trow something in the ocean and i will go down there and try to find it. if i did find whatever thing that you throw i will punish you for hundred years in hell" so the Chinese man throw something into the ocean. the devil went down and then he came up and manage to find what the chinese man threw : a needle. second, the British man throw his thing into the ocean. the devil went down then he came up and manage to find the item: a needle. lastly the Malaysian man throw his thing into the ocean. the devil went down but he didn't came up as fast as before with two other man. suddenly the devil came up in fury. he asked "what did you throw into the ocean?" the Malaysian man said: "panadol soluble"

motif joke ni? orang Malaysia bijak..



tapikan, bukan panadol soluble larut dalam air panas ke? air laut leh kew?

tengah suka hati??

sekarang lawyer belum masuk. tinggal aku ngan office boy jek kat opis. (oopps! kitorang not doing anything okeyy).. tadi pagi cam ribut aku datang opis nak siapkan update status untuk bank. sambil breakfast sambil sambil menaip. memang kalut lah tadi..

sekarang report dah siap tinggal nak submit kat lawyer jek. Alhamdulillah.. dah lega.. tapi belum boleh suka hati. sebabnye aku post entri ni secara curian.. mampos lau bos nampak. tapi rasenye dia tak tau kot.. hakhak..

courier baru sampai tadi so aku yang kene meng-record dalam log book. dan aku jugak lah yang kena bukak sume mails yang baru sampai.. haha.. privileged tela diberikan kepada aku.. so every incoming mails aku yang handle. dalam aku dok belek mails tadi, ade pulak letter of offer keje aku.. huhu! aku belum penah dapat lagi l.o.o and aku siap bace before boss bace.. sorry boss!

nak suka hati cam serba salah pulak.. pasalnye tak tau leh online atau tak.. hehehe..

tengah suka hati??

sekarang lawyer belum masuk. tinggal aku ngan office boy jek kat opis. (oopps! kitorang not doing anything okeyy).. tadi pagi cam ribut aku datang opis nak siapkan update status untuk bank. sambil breakfast sambil sambil menaip. memang kalut lah tadi..

sekarang report dah siap tinggal nak submit kat lawyer jek. Alhamdulillah.. dah lega.. tapi belum boleh suka hati. sebabnye aku post entri ni secara curian.. mampos lau bos nampak. tapi rasenye dia tak tau kot.. hakhak..

courier baru sampai tadi so aku yang kene meng-record dalam log book. dan aku jugak lah yang kena bukak sume mails yang baru sampai.. haha.. privileged tela diberikan kepada aku.. so every incoming mails aku yang handle. dalam aku dok belek mails tadi, ade pulak letter of offer keje aku.. huhu! aku belum penah dapat lagi l.o.o and aku siap bace before boss bace.. sorry boss!

nak suka hati cam serba salah pulak.. pasalnye tak tau leh online atau tak.. hehehe..

Sunday, November 14, 2010

teriNGATkan diKAu...

tetiba aku teringatkan dia..
dah lama tak bertentang mata..
ngan mata empatnya..
aku di sini dia di sana..
bila kapan kita ketemu lagi..
aku sungguh rindu pada dia..













oh Ryoki Tachibana..
walaupon kau agak kijam pada masanya..
kau tetap menjadi pojaan hatiku...

dah lama tak bace balik manga ni.. kene balik JB balik..

citer Raye belum basi

Raye haji dah nak dekat. next wednesday jek. tak sabaq tul nak cuti. tapi aku bukan nak story pasal raya haji. pasal raya posa aritu. 


apsal lak nak story? dah lepas biar lah lepas.. sukati lah aku nak story raya bile pon. nak story pasal raye lima tahun yang lepas pon aku tarak hal. 


tapi raye tahun agak special sket. first time raye dah keje. kat kl pulak tu. jauh tu merantau dari JB ke KL. 5 jam naik bas atau 3 jam setengah ke 4 jam naik kete (kes bawak 120 - 160).


raye tahun ni pon aku tak kemane sangat. takat balik kampung arwah opah kat Tapah and balik kampung nenek kat Muar. pastu tak de nak merayap tak tentu hala sebulan raye cam tahun-tahun sebelumnye. tahun ni gak collection duit raye aku dah kurang.. (aichit! dah beso pon mau duit raye ke?) aku pulak bukanlah muka pemberi duit raye. muka cumils cam aku tak seswai la bagi duit raye.. nanti kantoi umur.. lau pi raye umah sedara yang jarang jumper / tak penah jumpe mesti depa tanye "dah tingkatan bape?" aku pon kembang idung lagi bangga diri.. 


tapi kenangan yang tak leh lupe mase jamuan raye kat tempat aku keje dulu (butik). management bangunan tu organize jamuan raye ari jumaat belah petang lepas solat jumaat. so pagi tu kitorang keje dulu. opah (gelaran kitorang wat supervisor cum second boss kat butik) siap suh kitorang pakai lawa-lawa. yang tak best nye lepas makan kene masuk keje balik. belen jam keje tinggal1 jam setengah je. kasi la kitorang balik awal.. dah tu esoknye kene datang keje jugak.. hampess betul..


so mase jamuan tu memang best gak lah. siap jemput penyanyi datang nyanyik lagi. diorang cakap kumpulan kool.aku ni tak kenal sangat artis mesia so aku pon kureng nak tau.


 antara makanan yang ade disediakan...
sate sama rojak buah. sedap jugak...
 kambing panggang sos black pepper sama fries ketak..
tang ni tak bape best. bukan aku tak suka kambing tapi masalahnye daging dia tak bape masak so tak bape sedap lah gamak nye...
 sup ekoq sama fries ketak and roti..
sup sedap tapi agak berminyak dan sedikit pedas...
yong tau foo..
makanan last sekali aku amik...
yong tau foo ni tak same ngan yong tau foo johor. ni ade kuah cili had johor punye makan ngan sup..




 aksi bukan kugiran...
pasalnye depa pakai minus one jek.. mamat yang pakai songkok tu la dari kumpulan kool.. aku mane lah tau. makan aku tau lah..
 aksi terlampau sedut cendol..
yang ni tak baik tiru tapi lau nak cuba tak salah.. aku rase sikit je cendol tu.. tak minat sangat ngan cendol sebab ade santan..
depa ni colleague aku kat butik.. depa memang rock lah! rindunye kat depa.. 
 aksi snapshot depan butik.. tapi slek lah tak nampak name butik..
cariklah aku yang mane.. ade rupe pemberi duit raye kah??
wat kenangan depan banner jamuan raye.. tak tau lah pasni dapat pi sana lagi sebab aku dah benti keje kat situ..
melainkan aku masuk keje balik kat tempat lame..
hmm... mungkin tidak...






nota kaki: sape-sape nak wat jamuan tu ajak la aku sekali wehh..

Saturday, November 13, 2010

Kisah si Couch Potato part 2

la ni nak sambung balik dari part 1 yang ari tu.. banyak citer yang aku suke tengok. dulu aku tak leh idup tanpa tv. takdak tv aku jadi tak keruan. aku jadi cam tak tentu hala. begitu kuat penangan tv ke atas aku.
okeh okeh sambung balik..

THE VAMPIRE DIARIES
citer yang paling recent aku tengok. ade gak lah ter-missed 1 - 2 episod. memang syiok abis citer ni. di rekomen kepada korang yang minat citer horror-fantasy.
citer ni mengisahkan sorang teenager name Elena Gilbert [Nina Dobrev] yang telah tak sengaja jatuh chenta sama sorang pontianak (bukan pontianak harum sundal malam ye..) yang berumur lebih kurang 146 tahun (bapak tua nye tapi muka masih muda remaja..) bernama Stefan Salvatore [Paul Wesley]. mamat Stefan ni kategori pontianak baik. tak minum darah orang. minum darah binatang je (tak berperikebinatangan lah dia nih!). dia ade sorang abang (umur tak dapat dikesan) yang mempunyai kehenseman dan kejantanan yang sungguh WOW! name abang dia Damon Salvatore[Ian Somerhalder]. lau tengok lagaknya cam jahat tapi sebenarnya Damon mempunyai hati yang sangat sensitive and fragile gitew. chewah! cume tak cam adiknye, Damon sedar dirinya ape (bukan siapa) dan live by his nature as a vampire. kirenye menerima takdir lah. just si Stefan ni yng beriya-iya nak idup cam orang normal. berbalik pade Elena (a.k.a girlfriend Stefan) pulak sebenarnya menyerupai bekas pojaan hati Stefan ratusan tahun dulu bernama Katherine [lakonan Nina gak] yang merupakan sorang vampire secara harfiahnye. Katherine ni gak lah yang bertanggungjawab menukarkan adik-beradik Salvatore ni jadik vampire sementelah Mr Salvatore (yakni bapak depa) pulak sebok memburu vampire untuk dihapuskan. so banyak lah kekonflikan berlaku dalam hubungan depa. antara Stefan-Katherine-Damon (untuk ratusan tahun terdahulu) dan jugaklah hubungan Stefan-Elena-Damon sekarang. cam sejarah berulang kembali gitew. memula Damon tak menunjukkan minatnya pade Elena sebab dia tau Elena is not Katherine (yakni pompuan yang dichentainya dulu) tapi lame-lame dia dapat rase kelembutan Elena, ke-caring-an Elena bukan saje terhadap adik die tapi die jugak. kire dah tangkap chintan lah ni. dalam kesempatan tu ade je yang tak puas hati yang vampires yang tinggal ni dan berusaha untuk distroy depa. termasuklah bapak kandung Elena yang Elena anggap dia pakcik je before ni. in the end (untuk season ni) Katherine telah kembali ke kampung depa membikin onar. sebabnye nak balas dendam. Pulangkannn!
selain vampire citer ni pon ade gak makhluk-makhluk lain cam witches and werewolf (maybe in 2nd season). citer ni ade scene yang gak steamy sket so korang nilaikan lah sendiri lah yek. bagi aku citer 1000 out of 10. bagi yang minat citer TWILIGHT, aku memang rekomen citer ni kat korang sebab jalan citer lagi menarik dan lagi logik dari segi ciri-ciri vampirenye. (citer twilight vampire tak mati kena matahari just kulit bling-bling cam diamond. citer nie depa kene pakai amulet special cam cincin untuk survive matahari). citer ni pon merupakan adaptasi dari novel (dengan title yang same) nukilan L.J Smith. Starring: Nina Dobrev (Elena Gilbert/Katherine Pearce), Ian Somerhalder (Damon Salvatore), Paul Wesley (Stefan Salvatore)
koleksi vampire diaries aku


"DAMON
the one who causes the pain
can just as easily take it away"
ni lah mamat yang buat hatiku berdedaq-debaq"












SUPERNATURAL
ahh.. the Winchester Brothers.. sape yang tak suke ngan depa berdua...
sorang agak berhati-hati, sorang pulak agak sarcasm tapi dalam cara yang agak kasar. 
Dean Winchester (Jensen Ackles) yakni abang dan adiknye Sam (Jared Padelecki) merupakan duo adik beradik yang kerja depa memburu dan memusnahkan evil yakni setan lah. segala setan yang terlepas dari neraka, adelah kerja depa untuk hantaq balik masuk neraka. so cam-cam makhluk depa jumpa dalam misi depa. sampai malaikat pon depa leh duk sembang sama. 
memang citer ni dah terpesong dari segi akidah Islam tapi tak yah lah percaya citer 100% sebab ade diselitkan bab religious. kita tengok untuk entertaiment jek. nak pulak si abang ni mati leh idup semula (dengan pertolongan bapak depa iaitu bertukar tempat - so bapak depa yang mati) manakala si adik ni pulak merupakan half human-half demon. boleh gitew? lau korang tengok citer ni, jangan lah sampai pikir sumenye betul. kang murtad pulak. aku tengok citer ni sebab si abang ni jek. hensem sangat. lau tak hensem maybe citer ni hanye lah sekali lalu je ngan remote tv tuh.
starring: Jensen Ackles (Dean Winchester), Jared Padelecki (Sam Winchester)

BLOOD TIES
another vampire story. aku tengok citer ni kat tv2 suatu mase dulu. tengok pon da tengah-tengah. starting tak dapat tengok. story line not bad. pasal memusnahkan makhluk-makhluk jahat jugak. tapi ngan pertolongan sorang vampire. 
Vicki Nelson [Christina Cox] merupakan bekas anggota polis kat Canada. lepas dia behenti jadik polis (yakni masalah mata - polis tak leh pakai cermin mata), Vicki jadik private investigator dan menolong orang-orang yang berdepan ngan masalah. usually masalah yang agak supernatural dan berkaitan ngan demons and evil creatures. tak semena-mena datang pulak sorang vampire yang berumur 480 tahun (tapi masih kelihatan sungguh muda) yang tujuannya mencarik territory baru dia. depa berjumpa dan Vicki ni dapat tau yang vampire bernama Henry Fitzroy [Kyle Schimd] adelah sorang vampire. so sebagai sistem barter untuk mengelakkan dirinya ter-expose, dia bersetuju untuk tolong Vicki dalam menyelesaikan setiap kes yang diterima. so takkan lah depa berdua je kan? Vicki pon ade sorang pembantu bernama Coreen Fennel [Gina Holden] yang berpewatakan agak goth tapi sangat bijak dalam hal-hal supernatural and underworld. tapi ke-rapat-an antara Vicki dan Henry si vampire ni menimbulkan sedikit curiga pada boyfriend Vicki (iaitu Mike Celluci) yang jugak sorang polis. so, Mike [Dylan Neal] selalu lah nak masuk campur menyelesaikan kes-kes yang ade walaupun dia rase kes-kes ni agak tak masuk akal sebab berkaitan ngan supernatural. dia ni tak percaya sangat ngan sume benda ni dan ingat yang Henry nak rampas Vicki dari dia. Henry memang ade perasaan yang very the passionate one pada Vicki tapi dia tak berani nak luahkan sebabnye dia vampire. Vicki orang biase (cam cite Twilight gitew). so perasaan tu dia simpan jadik pekasam je. ending season ni aku tak ingat sebab dah lame sangat tapi ni antara citer vampire yang best.
starring: Christina Cox (Victoria "Vicki" Nelson), Kyle Schmid (Henry Fitzroy), Dylan Neal (Mike Celluci), Gina Holden (Coreen Fennel)

ni sumer antara citer-citer yang aku tengok dulu. kiranye ni bab citer supernatural lah. ade lagi citer-citer camni yang aku tengok cam Buffy the Vampire Slayer, Roswell, Dark Angel, Charmed dan banyak lagi sampai aku dah lupe tajuk depa.

BUFFY THE VAMPIRE SLAYER
starring: Sarah Michelle Gellar (Buffy Summers), Anthony Head (Rupert Giles), Alyson Hannigan (Wilow Rosenberg), Nicholas Brendon (xander Harris), James Marsters (Spike), Michelle Trachtenberg (Dawn Summers)
story about a teenage girl who became a slayer and distroying evil villains with the help of the Watchers Council along with her friends and a vampire that she spared his life for something in returned.




CHARMED
starring:  Alyssa Milano (Phoebe Halliwell), Holly Marie combs (Piper Halliwell), Shannen Doherty (Prue Halliwell), Rose McGowan (Paige)
story about the Halliwell sisters who possessed powers of witches inherited by their ancestors . they must come in three for them to fight evils but when their older sister died (Prue) the power of three were placed with  their unknown long-lost sister Paige.

DARK ANGEL
starring: Jessica Alba (Max Guevara), Michael Wheatherly (Logan Cale), Jensen Ackles (Alec McDowell)
story about a super soldier who fight evil villians with her super bionic powers with the help of her friends



ROSWELL
starring: Shiri Appleby (Liz Parker), Jason Behr (Max Evans), katherine Heigl (Isabel Evans), Brendan Fehr (Michael Guerin), Majandra Delfino (Maria Deluca)
story about aliens that been crashed on earth and landed in Roswell in 1947. they were siblings of Max and Isabel Evans and their friend Michael Guerin. to protect them from being exposed, Max came to Liz for help. their relation ship grew deeper but the treads were also bigger.




:(

"sedih hati ini
tatkala kau tiada lagi
untuk aku tatapi
kau tetap aku ingati
sehingga kau datang kembali
aku akan tunggu 
sampai bila-bila"

perrgghh.. bila dah emo.. tu lah akan terjadi pada aku. apsal lah nak emo-emo nih? ye lah.. mestilah.. pojaan hatiku telah tiada (yakni bukan meninggal keh!) tak tau bila dia akan kembali semula. sedih nak tunggu lame-lame. paling lame next year baru balik.. huwaaa....

baby, please come back soon! i can't bear being alone for so long!

i'll missed them too..

THE VAMPIRE DIARIES
dah abis season 1..
                                                        DAMON SALVATORE
mamat yang bikin hati ku cair dengan lagak 
jahatnya dan matanya yang bisa
menggoda jiwa...
*melting..*






x sabar nak tunggu dia balik... dapat tengok matanya yang menggoda
tu lagi..

Thursday, November 11, 2010

bayar ikut tarikh???

lunch tadi ingat nak pi bayar berukband ni. ye lah bill dah lame dapat. due date esok pulak tu. so aku pon menggagahi kaki pi ke the weld depan tempat aku kerja. seb baek kedai digi tu tak ramai orang. aku pon terus pi kaunter dan siap kuarkan bill untuk bayar. 


aku pon tunggu la cina tu tengah searh file aku dalam sistem depa. pastu aku tengok muka dia berkerut.


"u suda bayar maa.."
"hah? i belum bayar lagi lah"
"ni dalam sistem cakap sudah"
"belum. bulan ni belum lagi"
"ya ka? kejap ya"


cina tu check balik sistem. dia cakap benda yang sama. aku naik heran. bile pulak aku bayar? kalau bulan lepas punye ye lah aku dah bayar. aku pon pelik.kejadian ni penah terjadi sebelum ni. time tu aku baru first time dapat bill. due date 12 hb. aku dapat dalam 2 minggu sebelum tu. so dengan hati yang penuh semangat (baru first time bayar bill untuk kegunaan sendiri) aku pon pi la kat kedai digi pavilion untuk bayar bill. bile orang kuning tu check sistem, dia cakap tak perlu bayar sekarang. bayar pada 12 hb nanti. 


atenye pelik sungguh. kalau dah dapat bill bukan dah boleh bayar? so esok kita tengok camne. mesti line slow giler pastu lum kul 12 dah hanged. sebab last month aku bayar lewat sehari (13 hb) da dah jammed. pastu siap ade denda lewat lagi. ingatkan hire-purchase kete je ade denda lewat...





 camne ni? ija tak tau ape nak wat.. esok nak pi check ke 13 hb?
(kunun-kununnye wat soalan cam citer Impian Ilyana. sila komen untuk memberi jawapan. hadiah tidak disediakan)

Wednesday, November 10, 2010

Mencari kesempatan

aku post blog ni time boss takde.. kang tetiba dia muncul kat pintu opis mampos aku.. saja testing. ni pon pakai pc orang lain. pc aku takdak line internet. hampeh sungguh! orang yang lalu lalang depan opis ni wat aku neves jek! 


jangan kandoi suda!

Tuesday, November 9, 2010

belajar selagi buleh

sejak masuk kerja baru ni, banyak benda yang ku belajaq. biasalah, dari bidang fashion terjun ke bidang law (HUH?), mau tak nyer? mesti ramai yang tanye awatnya tukaq kerja? aku pon cakap, saja.. lau stay kat satu tempat yang sama tak maju. hidup takdak thrill lah. buat kerja tu lain caranya, hak yang ni lain pulak.

sejak ni jugak tangan aku selalu terdedah pada ink. baik pen ink mahu pon stamp pad ink. balik umah ja tangan ade kaler merah, biru sama itam. ink carbon photostat pon ade.

sejak ni jugak baru aku perasan, kerja-kerja kat opis memakan banyak kertas. betapa banyak membazir kertas kurasakan asyik print, fotostat, wat conteng-conteng, wat draft. banyak lah kertas guna. ingatkan mase kat poli je aku kene bazir kertas, kat sini pon same. mase kerja butik dulu asyik bazir benang (hahaha.. tu pasai lah depa asyik kena beli tongkol benang baru!)

sejak kerja ni, aku lebih banyak berurusan dengan phone. bukan gayut yee.. jawab telefon wasn't my favorite thing tapi bila dah kerja nak wat camna... cakap-cakap sama strangers.. haha macam bagus ja. dah la aku ni jenis yang agak shy nak cakap dalam phone! nak pulak lau ade kaum adam yang called. adus mak aih..

tapi kerja baru bagi aku banyak pengalaman yang aku sendiri tak pikir akan gained. i'm not conveyancing either litigation.. so memang unexpected langsung being accepted by boss.

speaking pasai boss, hak bos pompuan aku ok lagi. hak bos laki aku rasa cam bit intimidated sket. tak tau pasai apa. pasai dia laki kot. pastu lawyer pulak. rase cam takut je ade wat salah..

ok lah.. aku pon tak tau ape nak ngarut lagi. sok-sok aku post yang lain pulak suda

Monday, November 8, 2010

:)...

BIG HAPPY SMILEY ON MY FACE..





HAVING THE ONE I LOVED AROUND ME..




WHO AM I TALKING ABOUT?




I WASN'T TALKING ABOUT BOYFRIEND...




THIS WAS MORE PRECIOUS THAN THAT...




MY ONE AND ONLY PARENTS...














(kan dah wat confession.. so...??? i memang single *blush*)
tadi ayah pegi KLCC snap-snap pictures ngan camera barunye. suka hati lah tuu..



Sunday, November 7, 2010

Kisah Si Couch Potato part 1

nak confess ni..



i belum ade boyfriend..



opps! not that...


pasal ape yang aku suka buat diwaktu lapang. ni hobi yang agak kurang sihat YEE..

tapi, ade aku kesah? hahaha...

kalau orang lain hobinye bemain bola, bersukan, bersoh-sial, aku pulak tak. mase aku terluang dan dibazirkan didepan idiot box. HUH? IDIOT BOX? some people said la.. bagi aku, itu adelah kotak ajaib yang menjana imaginasi aku. TV!! taadaahhhh....

kat bwah ni adelah antara citer-citer wajib-tonton aku.

THE OC

mengisahkan sorang troubled teen [Ryan] yang selalu kena tarbi ngan parol officer dan punyai drug history (anak2, jangan tiru ini YEE..). satu hari sorang peguam bela [Sandy] telah mengambil beliau sebagai anak guam dah bailed him out of jail. lawyer ni siap kasi offer nak tolong anak muda ni kembali ke jalan yang lurus semula. lawyer ni pon kasi dude ni tinggal ngan family beliau dan sekali gus memberikan anak beliau [Seth] seorang kawan. mamat ni setuju sebab dia tak tau mana nak pi lau dia kuar jail. lepas tinggal ngan lawyer ni, dia jatuh chenta sama gadis yang dok sebelah umah dia [Marissa]. macam-macam yang depa lalui untuk bersama. gadis ni pon ade internal crisis ngan family dan diri sendiri. so depa help each other lah.
citer ni set-up di orange county (to pasal citer dia name THE OC) kat california nun. yang best  pasal citer ni almost each episode ade jer band-band cambest perform. ala-ala cameo gitew. antaranya Bloc Party, Phantom Planet (yang jugak nyanyik for opening credit with their popular song - California) & ramai lagik lah.
citer ni sangat best sampai aku tengok re-run dia berkali-kali. mak aku pon join sekaki tengok citer nih.
starring: Benjamin McKenzie (Ryan Atwood), Peter Gallagher (Sandy Cohen), Mischa Barton (Marissa Cooper), Adam Brody (Seth Cohen), Rachel Bilson (Summer Roberts), Kelly Rowan (Kirsten Cohen), Melinda Clarke (Julie Cooper-Nichol), Tate Donovan (Jimmy Cooper)

GOSSIP GIRL

gossip girl is here. your one and only source into the scandalous life of Manhattan elites... you know you'll love me, XOXO, gossip girl

heh~ tagline GG yang paling aku sukak. citer ni memang best tahap gaban. tapi saranan aku adelah untuk 16 year-old and above. pasal apa? you all tau-tau je lah yekk..
the reason aku tengok citer ni pasal story line yang best. langsung takdak cam drama melayu kat mesia ni. yang tu mintak maap. aku tak layan (except yang ade lawak & klakar). pasal kedua pulak mestilah pelakon pojaan hatiku... yang tak lain dan tak bukan.. ED WESTWICK! aiyoh.. memang cair wa cakap sama lu ngan mamat nih! ED memainkan watak bad boy CHUCK BASS dalam citer nih. banyak gak character2  lain yang cambest serta guest star dalam citer ni cam Michelle Trachtenberg [Gorgina Sparks], Hilary Duff [Olivia Burke], Tyra Banks [Ursula Nyquist] termasuklah Lady Gaga, Sonic Youth & ramai lagik yang berlatar belakangkan Upper East Side, New York yakni tempat orang2 elite New York tinggal.
citer ni agak lain coz every character ade citer & drama tersendiri dimana in the end akan bersangkut paut ngan character yang lain. aku nak story kat sini pon tak reti melainkan korang tengok sendiri camne citer nye. memang akan membuatkan mata korang bagai digam ngan gam gajah kat tv tu. starring: Kristen Bell (voice of Gossip Girl), Ed Westwick (Chuck Bass), Leighton Meester (Blair Waldorf), Blake Lively (Serena Van der Woodsen), Chase Crawford (Nate Archibald), Taylor Momsen (Jenny Humphrey), Penn Badgley (Dan Humphrey).

mamat   ni   lah   yang   bikin  hatiku   gundah   gulana..
oh   CHUCK..
*sick*

                                                                                                                                







GILMORE GIRLS

memang tak penah miss! it's a must-see drama. sape yang tak tengok citer ni memang rugi! best giler. 
mase awal-awal season citer ni, mamat yang berlakon dalam The OC [as Seth] turut berlakon dalam citer ni. tapi  awal2 season je. another teen drama yang best. yang lebih bagos korang tengok dari drama melayu.
citer ni mengisahkan Rory @ Lorelai Gilmore [Alexis Bledel] yang always terjerat antara chenta beberapa orang mamat. ni bukan pasal Rory ni playgirl ke apa. dia baeekk sangat. cam bidadari. so ade je mamat yang tercair ngan Rory ni. dah la cantek.cucu orang berada. pandai lagi bijaksana pulak tu. sape lah yang tak mo wat menantu.. antara mamat yang pernah singgah dalam hidup Rory adelah Tristan [Chad Michael Murray - One Tree Hill], Dean [Jared Padalecki - Supernatural], Jesse [Milo Ventigmilia - Heroes] & Logan [Matt Czuchry - Eight Legged Freaks]. isu mamat always ade dari Rory zaman Stars Hollow public school ke chilton Preparatory School (private school) hingga lah ke Yale Univesity. walaupun Rory cantek, bijak dan menawan kalbu, mak dia (Lorelai) sorang yang optimist dan independent sebab Rory dilahirkan ketika maknye umur 16 tahun (again anak2, jangan hangpa tiru ni). ape-ape pon Rory mesti ngan mak dia. nak wat apa pon mesti mintak pendapat mak dia. mak pulak jenis supporting lagi sporting.





ni antara series cambest yang aku tengok tatkala orang lain pulun study untuk SPM. hahaha.. kantoi la pulok!
nanti aku sambung lagi yek series lain pulak.

Misi Mencari Wardrobe Baru

huh..!penat! sakit kepala! tapi puas hati~ :p

itulah ape yang dapat disimpulkan pada petang ini. dari pagi tadi sampai la tengahari tadi berjalan mncari wardrobe baru aku.

first stop: carrefour ampang
as usual. memang begitu celaka sekali kurasakan. diulangi: CELAKA.
sebabnya memang aku dah agak stok wardrobe yang aku nak tak ade. dari minggu lepas kate stok akan sampai. tapi yang aku tahu, stok tu TAK AKAN sampai punye. huh! taik idung masin punye carrefour! (to carrefour: make sure you full filled your promises and serve your customer well. if you don't want to recieved bad reviews especially from ME. i'm a very strict critic)

second stop: kedai perabot Yi Xing pandan mewah
huh! ni lagi CELAKA. kepada you all yang duk sekitar ampang jaya yakni in radius pandan indah, pandan mewah, taman putra, taman muda, cempaka and surrounding areas, tok sah lah korang pegi ke kedai ni. berangan nak singgah pon tak yah. udah le mahal-mahal belaka. sales promoter pulak sombang, bongkak riak dan berlagak (pinjam ayat Geng Surau jap). aku ni nak cari yang murah dah simple jek. pastu tanye lah makcik tu (memang dah agak berumur) ade tak yang harga 200 kebawah. dengan perasaan berbesar hatinya juga berlagak mengatakan, "kitorang tak de jual almari yang harga 200 kebawah. memang tak pernah ade almari yang 200 kebawah"

oh! memang celaka sungguh!camtu ka melayan pelanggan? tak kesahlah kalau pelanggan tu nak beli ke tak nak. so ari ni kau dah lose 1 customer and kedai kau automatic di-blacklist. memang patut pon! dah la tak de orang datang kedai ko.

third stop: (oso the last stop) perabot cempaka
ni adelah kedai yang boleh dipercayai. everything kat kedai ni boleh dikatakan tip-top. harga pulak negotiable and banyak yang murah-murah. menurut dakwaan depa, harga dari kilang. barangan memuaskan. ade banyak choice and everything very pleasent lah.


the moral of the story: memang takdak. however misi aku membeli wardrobe baru tercapai.. alhamdulillah..

Misi Hari Sabtu Ke KL

"betapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan setan aminurrashid
cut! bukan setan, syaitan! sultan!"

begitu jugaklah hati sorang gadis keturunan melayu-perancis ini. ini bermakna beliau bukanlah kacukan melayu-jepun seperti yang beliau sangkakan sebelum ini setelah beliau manduduki sebuah kuis tentang asal-usul beliau melalui facebook (jangan percaya 100% kuis facebook, auta je lebih)

arini adelah kali pertama aku cuti ari sabtu. seronoknye tak terkira. semalam cuti gak. deepavali. so aku asyik dok ingat arini ari ahad padahal baru sabtu. ye lah.. usually ari sabtu kerja la ni cuti pulak. tu yang seronok tu.

ari ni visit times square lagik. minggu lepas dah visit. minggu ni visit lagi. hmm~ tunggu bulan depan pulak. sekarang duit dalam hibernasi.

harap-harap gak tempat kerja baru aku ni tak lah seteruk yang disangkakan. ye lah lawfirm. aiks? dari bidang fashion ke law? jauh menyimpang tuh! haha

 esok lau jadi nak gi beli wardrobe aku yang dah lame tertunggak pembeliannya. jangan aku pegi sok cakap stok abis lagi. memang aku bagi se-das kang!



ni lah items yang aku dapat secara sistem barter kat times square. ahax!

nampak tudung nak beli lah pulak. agak-agak sampai ke ujung bulan tak hajatnye? atau pon dalam mase 1 minggu akan terbeli gamaknye?


Friday, November 5, 2010

tempat baru part 1

ape yang aku nak kongsikan right now bukan lah experience aku kat tempat kerja baru. just something yang ade kaitan dengannya.

right now aku tengah malas nak bercerita. korang hadap je lah yek..



escalator kat dalam wisma mpl
ape kene mengenenye pictures ni ngan kerja baru aku? memang tak de kene mengene pon..


pictures yang diambil time aku nak pi kerja
pictures atas ni bukan time maghrib YE.. 
ni dah kul 7.30 pagi.

ok tu je. ti aku post lagi