Sunday, November 28, 2010

muvi reviews : harry potter and the deathly hollows part 1


high expectation came to me when i went to watch this movie today at berjaya times square, kuala lumpur. perrghh~ tetibe speaking london pulak lah.

okay.okay. back to business. arini merupakan ari aku bersoh-sial bersama teman. teman aku dari politeknik dulu. alert; beliau seorang gadis sebaya aku. so, jangan nak buat assumption bukan-bukan.

anyway, balik kepada cerita yang aku nak story. akceli kisah harry potter yang sebelum ni, Harry Potter and the Half-blood Prince aku tak tengok so aku tak sure whether intro citer ni adelah kesinambungan dari ending yang lepas atau tak. but it all started dengan scene macam kat tempat tinggal harry di dunia muggles (manuasia biasa) cam dah kene satu pendemic serius. lagi serius dari H1N1. sume orang pakat nak pindah tempat yang lebih selamat. ni berikutan terdapat beberapa muggles yang dibunuh kejam (tapi ku yang tak sure kenapa, sebabnye aku tak tengok citer yang sebelumnye) oleh orang-orang dark lord voldermort yang diorang gelarkan you-know-who sebab diorang tak boleh cakap name makhluk yang mempunyai idung bagaikan dipotong. orang-orang yang djadikan kuli batak ni digelarkan sebagai death eaters. tapi depa ni orang bukan nye makhluk magic yang berupa buruks.

so, ianya bermula kat rumah harmoine. mak abah dia bercadang nak pindah. jauh pulak tu. nak pindah australia. tapi of coz la harmoine tak nak sebab dia nak bersama-sama dengan bestfriend dia harry dan ron. so, harmoine pon bertindak agresif dengan meng-erase-kan memory mak abah dia pasal dia. kiranye dia ni tak penah wujud lah dalam famili tu. sian gak kat harmoine tapi aku tak emo.

yang kes encik potter ni pulak, famili pakcik dia yang tak guna tu memang dah bersiap nak pindah. sumer dah loading dalam kete. tinggal nak jalan jek. memang diorang jalan pon. tapi harry tinggal. ye lah, takkan harry nak ikut depa jugak, tinggal ngan pakcik dia yang celaka tu. tapi harry takkan tinggal kat situ. dia akan dipindahkan ke dunia magic. but not that simple. sebabnye si voldemort botak tu nak bunuh harry. memang dah nazar dari sejak harry baby lagi lah. so, nak memindahkan budak cermin mate bulat ni bukannye senang. disebabkan cikgu kesayangan harry dah mampos, kerja harry untuk mengerjakan voldemort jadik agak susah. sebab voldemort jahat. bila jahat memang adatlah lagi kuat. pulak tu ngan sekutu jahanam dia yng terdiri daripada lucius malfoy & anak dia draco (draco ni satu batch ngan harry kat sekolah sihir) & severus snape iaitu cikgu kat sekolah sihir yang melantik diri dia jadik pengetua baru lepas dia bunuh dumbledore, orang yang paling penting bagi harry.

aku tak leh nak story sumenye nanti korang kate spoiler. jadik aku citer sikit-sikit dah le. banyak part2 yang kelaka dalam citer ni. cam part bile nak pindahkan harry. mad-eye telah lantik beberapa orang untuk menyamar jadik harry untuk confius-kan death eaters. untuk menyamar diorang kene minum pollyjuice potion yang digaul ngan rambut harry. so ade sorang harry yang dilantik dari perempuan memang lawak giler. bayangkan harry pakai baju pompuan siap pakai bra..

part yang elf cute tu datang tolong harry best. dobby dah pakai kasut! ron siap puji cantik kasut dobby. tapi agak sedih gak sebab dobby mati sebab tolong harry & friends escape dari tali barut voldemort.

aku paling suke kat beg serbaguna harmoine. dia tak payah nak bawak bag besaq-besaq nak isi barang. bag sequin (bak kate ron) harmoine tu leh isi macam-macam. kemah pon muat. bapak best giler beg camni. kalau aku ade, macam-macam aku leh bawak. beg kecik jek tapi leh isi satu supermarket.

part ujung memang tergantung. dah namenye pon part 1 takkan teruih abis, ye dok? sebab ape dia cakap deathly hollows, diangkat dari tale sihir tentang the three brothers. three brothers ni masing-masing mempunyai   satu cam price-possession lah. tongkat sihir yang sungguh powerful. satu batu hikmat yang magic. satu kain yang boleh meng-invisible-kan orang. dumbledore ade tongkat sihir tu yang di-buried-kan bersama mayat orang tua tu yang telah pon di-hijack oleh voldemort sebab voldemort takdak tongkat sihir untuk bunuh harry.  bukan takdak just tongkat dia equally powerful ngan tongkat harry. dia cakap mereka boleh mengcederakan each other tapi tak leh kill each other melainkan salah sorang ade tongkat dan power yang lebih kuat. yang tak diceritekan adelah tentang kain halimunan atau name dia the cloak of invisibility. aku ingat lagi kat dalam filem yang first, harry telah diwasiatkan oleh parent dia untuk mewarisi kain ni mase birthday dia yang ketujuh. tak taulah lau akan dimasukkan hal ni dalam part 2 nanti. yang batu power tu aku tak bape sure. oh ye. ketiga-tiga benda alah ni membentuk satu simbol ala-ala illuminati. tu yang tak best tu. ade pulak kait-kait pasal dajal ni. lagi satu, tongkat harry dah jahaman mase dalam advanture diorang ni. 

ade gak part-part lain yang best tapi tak mo citer. nak tau pi tengok sendiri kat panggung. just aku nak tau harmoine ngan ron ni couple ke tak? haha.. lau couple cam okey gak sebab sorang serius, berotak geliga, bersifat matang dan sorang lagi bodoh-bodoh alang tapi sangat sensitif dan loving person gitew. aww.. wait, ron loving person? korang tengok je lah. harry pulak kapel ngan ginny, adik ron. nak bandingkan ginny ngan harmoine, lawa harmoine lagi. tapi cara harry rapat ngan harmoine lain macam. tu yang wat ron jeles giler. hah! spoiler alert!

anyway, part 1 best. hopefully part 2 lagik best. 80 kali ganda best. tak sabaq nak tunggu sambungannye. aku akui aku die-hard-fan harry potter walaupon harry ni tak hensem langsung (bagi aku lah. tak tau orang lain).



ah ye. tadi sempat gak rembat kasut ngan harga rm10. sapa tak mau?

No comments:

Post a Comment