Monday, November 1, 2010

hari isnin yang kurang blues

ari ni aku dah start kerja kat tempat baru. perasaan pertama yang aku rase adelah agak jauh aku berjalan dari monorail ke opis aku. heh! opis aku. dari dulu aku nak cakap tu. cam tak caya jek. tapi tu adelah hakikat yang hakiki. tadi sampai dalam kul 7.45 am camtu. keluaq umah pon awal. 6.45. takut lambat nak beli rapidpass. hah! tulis pasal rapidpass, aku topup arini, dapat pulak limit 1 bulan. ari tu aku topup sehari sebelum 1 hari bulan (yakni ari terakhir bulan sebelumnye) dia tolak 2 hari. ape kejadahnye?

tadi sampai kat raja chulan aku beli kuih wat makan-makan alas perut. dah tu berjalanlah aku ke wisma mpl. nampak cam dekat dari monorail tapi, jauh gak sebenaqnya, aku ingat nak cariklah tempat nak lepak-lepak sebelum masuk kerja. aku pon pusing la satu floor ke satu floor. hampeh. takdak tempat nak duduk-duduk langsung. jam baru kul 8. ape aku nak wah neh? aku pi la kat area toilet. nak wat inspection. korang ingat jabatan kesihatan je ke wat inspection? toilet depa kurang memberansangkan.kemudahan basic cam toilet rolls takdak. hampeh. aku pon pi la kat surau depa. seb baek surau satu floor ngan opis. senang sket. lau tempat lama kena panjat tingkat 4. tapi panjat ngan lift la. surau dia besaq sket dari surau tempat lama tpi suasana kureng sket.
so, memandangkan still awal, aku pon turun balik kat ground floor. keluaq bangunan dan duk tepi pavement tu, sambil makan kuih. ada sorang mamat guard lalu. gaya cam nak halau aku dari melepak kat situ. aku pon berpurak-purak cam tengah tunggu orang. asyik tengok muka jam. sambil tu mulut still menguyah. dua kali dia lalu depan aku. aku wat dunno jek. dalam 8.15 aku pon masuk balik. naik balik 2nd floor. sorang pon tak sampai lagi. tapi mase nak naik tu aku ternampak sorang staff opis aku tengah kusyuk breakfast kat gerai mamak kat 1st floor. aku tau dia tak nampak aku.

pagi tadi aku rase dah lebih lima kali aku tawaf 2nd floor tu. dan aku rase cina yang bukak florist tu pon mesti tertanye-tanye, apsal lah budak ni? dari tadi dok pusing ja. dah aku tak tau nak wat ape, aku pon pusing je la.
aku tengok jam lagik. dah 8.30 dah. mane depa ni? kate masuk kul 8.30.

tunggu  punya tunggu punya tunggu, akhirnya si pemegang kunci sampai. nama dia kak zila. oghe kelate. dia pon baru 2 minggu keja kat situ. dulu dia penah keja situ. pastu berhenti sebab bersalin. pastu mase nak carik kej baru, bos panggil dia masuk balik.

oleh kerana bos tak masuk ari ni (dah seminggu kate depa), aku pon tak tau kat ne desk aku yang sebenaqnye, aku pon dok je lah tempat yang kosong. mula-mula tu banyak borak. melangut. camne tak kena pulak tak wat kerja walaupon bos tak kasi aku ape-pe kerja lagi, kak zila kasi lah aku kerja dia skit. yang senang-senang jek. wat fotostet (1st time guna mesin), stamping, asingkan form and letter. tu je lah. yang lebihnye borak.

lunch aku arini pon special. sandwich kat dunkin donuts. dari aritu lagi aku nak makan sandwich dia. 1 set ngan iced latte. terbang duit aku 14.5! tpi sedap la. lau kat subway harga tu takdak air.

tadi balik memang sengal. aku keluaq kul 6.10. sampai kat monorail kul 6.18. sampai kat stesen lrt hangtuah dah 6.30. sampai cempaka 6. 50. bas dah ade. aku pon macam ribut dari opis bergegas balik sebab nak kejor bas kul 7. slalunye sebelum kul 7 bas dah jalan. tadi 7.10 baru jalan. aku tanye lah kat dreba tu kul bape nak jalan sebab dah lewat sangat. dah masuk maghrib dah pon. dia cakap tunggu 1 lagi tren. ape kejadahnye? lantak lah yang lambat tu. tau-tau la depa lau dah terlepas bas. teksi banyak. dia siap cakap bas slalu takdak. hek eleh! jalan kena la ikut schedule. selalunye lau aku nak naik ber kul 6 bile sampai lagi berapa minit nak kul 6 tengok bas dah jalan. taknak pulak ko tunggu lagi 1 tren (tren aku le tu). memang CELAKA tahap gaban la depa ni. bagi aku hangin je. dah la sampai umah jalan dah malam. tak ke siot namenye tuh?

esok aku keluaq lambat sket sebab akak tu cakap masuk kerja kul 9. tapi ak bajet sampai opis lum kul 9 lagi. naik bas lambat pon takpe.

harap-harap bos masuk esok and kasi aku proper job and desk. lau leh nak ade comp. hehehe.. leh curik-curik online..




ayah suh aku anta resume kat company broadcasting...
dapat best, tak dapat pon tak pe

No comments:

Post a Comment