Wednesday, October 13, 2010

Interview

13/10/2010 Wednesday
1300
Masih lagi online sebab nak check PTPTN. dah mula membayar. Alhamdulillah.

1315
Tutup internet. pi mandi. siap-siap. makan dulu

1345
keluaq rumah. bergegas ke bus-stop. celaka punya kasut. asyik tercabut ja. lau tau tadi pakai kasut lagi satu.

1416
Sampai station lrt Cempaka.

1418
Mane lrt ni tak sampai-sampai? aku dah lambat nih!

1423
Akhirnya sampai gak lrt. muka dreba lrt selamber. toya ja. hampeh lu! aku dah lambat, lagi wat muka lagu tu.

1432
berlari-lari budak naik tangga station Hang Tuah. kasut wat hal lagik. lantak pi la. aku dah lambat.

1436
tahan teksi. satu pon tak mau berhenti. suma ade customer. yang tak de just executive taxi. yang pertama aku abaikan. tahan lagik. sama jugak. last-last, taxi executive gak yang aku tahan.
ni lah pertama kali aku naik teksi mewah. tambang pon mewah gak. lambat punya pasai, taram saja lah. masuk-masuk je kena cas 6 ringgit. perghhh! seb baik aku bawak duit. dreba india.

aku: wisma mpl
dreba: mengangguk
kami diam saja. jem kat jalan imbi toksah citer. lau ade roti abis licin. dalam ati aku,
Ya Allah, permudahkan perjalanan aku ke tempat interview ni. aku dah terlambat dah ni. jem macam celaka.  dreba teksi ni siap tukaq radio melayu. suria fm. apelah dreba ni. aku tak dengor pon radio tu. mungkin kerana melihat appearance aku seorang gadis melayu yang lagi ayu barangkali.

dreba: kerja ka kat wisma mpl?
aku: tak. saya mau pergi interview
dreba: i see..
aku pon senyum kambing je.

1455
akhirnya sampai depan wisma mpl. interview kul 3. aku tengok meter tambang. huishh! 11.40!

dreba: miss, u keluar cepat nanti meter naik
aku: hah? 
aku tengok meter lagik
dreba: tengok sudah naik 20 sen
aku cepat-cepat bukak pintu. biasenye bagi tambang dulu. pastu bagi balance tambang baru aku bukak pintu. aku di cas rm11.60. celaka. aku bagi dreba tu 12 ringgit. tak pernah-pernah aku naik teksi sampai kene 12 ringgit.

dreba: good luck ya on ur interview
aku: ok thanks.

aku pon cepat-cepat masuk dalam wisma tu. aku ingat mase aku telepon ari isnin lepas dia cakap opis kat tingkat dua. aku pon carik la escalator. pelik sungguh tempat ni. ish, memang lah! dah sampai tingkat 2, aku call.

aku: hello, saya harizah. ari tu ade call nak datang interview
recipient: hello. a.. u interview kul baper?
aku: kul tiga. saya dah sampai kat wisma mpl. dah naik tingkat 2. kat mane yek ofis?
recipient: oh. ok. u dah naik escalator kan? ade nampak kedai kain. belakang dia
aku: oh. ok.

aku pon berpusing carik opis. last-last jumpa. la.. x jauh pon dari escalator tu. penat je aku tawaf satu floor. aku berlegar-legar di luar opis. takut salah masuk kang malu ja. kat luar ade post nak carik pekerja. betui la kot. sorang brade india panggil aku.

brade: u datang nak interview ye?
aku: ye ye
brade: u ade call tadi ye?
aku: ha. ye la tu.
brade: masuk-masuk. duduk dulu.

aku pon survey opis. kecik je. sunyi. ade sorang lagi mamat kat dalam opis.

brade: u duduk dula a.. nanti bos datang. bos keluar kejap.

kitorang pon borak-borak kosong sementara menunggu ketibaan orang yang berhormat dalam opis tu. depa siap tanye pasal kerja aku sebelum ni la, duk kat mane la. soalan-soalan lazim. dah cam pra-interview pulak dah. borak-borak kosong tu tak pulak diselang-selikan dengan minum teh dan makan goreng pisang panas. ye la.. aku datang interview. bukannye datang nak suka-suka. sat lagi buleh la.

1543
orang yang bertanggungjawab menginterview aku pon sampai. aku diberikan kan enployment form. aku isi la ape yang patut. then dia suh aku menaip. nak tengok typing skill aku. memang not bad. mase kat poli dulu memang dah terer. ye la, asyik kejenye wat report je. lepas siap aku dipanggil interview. ape yang aku rasekan mase interview tu adelah sangat sempoi. sebelumtu, dalam benak otak aku ni dok macam-macam soalan timbul. segala perasaan keluaq. takut salah jawab. jawapan tak memuaskan dan cam-cam lagi. kitorang pon berinterview cam borak kosong. tapi aku still control ayu. tunjuk yang kite professional. serius.

1632
interview selesai. aku keluaq dari opis. dalam hati? berbunga-bunga. next month envoirenment baru. hahaha. mungkin dari good luck wish dreba teksi tadi kerane aku dah dicas 12 ringgit. atau pon berkat Allah S.W.T aku keluaq dari building tu dah terus ke building depan dia. pi toilet. tukaq baju. ade pulak bawak baju spare. aku dah panas cam pisang goreng panas.

1700
dapat bas. naik terus menuju ke rumah. sebelum sampai, sempat lagi beli pisang goreng. tapi dah tak panas.

kalau rajin, gaji boleh up.. tu yang aku suka

No comments:

Post a Comment