Monday, October 25, 2010

Lupa atau Salah?

tatkala jarum minit pada muka jam jenama regend hotel yang digantung pada dinding menerpa ke nombor 12, manakala jarum jam menunjuk tepat arah nombor 1, maka selesailah masa waktu pertama kerja dari pukul 8.30 ia bermula hinggalah ke pukul 1 ia berakhir. dengan sepantas the flash, miss ai terus membuka stokin merah hitam yang membaluti kaki beliau bertujuan untuk menghindarkan kesejukan air-cond menusuk ke dalam badan. even though dari awal lagi beliau telah menggigil kesejukan angkara air-cond tersebut.
disambarnya beg pouch yang mengandungi barangan make-up (biasalah.. girlss~) lalu menuju ke pintu kaca butik. hari ni ade agenda terpenting yang harus miss i selesaikan.

it's now or never.. kata beliau dalam hati

agenda pertama yang harus diselesaikan merupakan tuntutan agama. oleh kerana miss ai yang berdarah kacukan jepun-malaysia bukanlah warga negara jepun yang tak diiktiraf pada minggu tertentu dalam setiap bulan, langkahnya dipanjangkan ke kotak lift bangunan yang berkembaq dengan crowne plaza mutiara kuala lumpur hotel. ingat klcc je ade kembaq? ni just kembaq tak seiras jek.

suasana di dalam surau yang terletak di tingkat 4 agak penuh. muka-muka unfimiliar merentasi pandangan mata. dengan kadar segera miss ai mngambil beg plastik padini yang mengandungi persalinan solatnya lalu di-chop tempat untuk beliau menyempurnakan ibadah itu. kena chop cepat-cepat kang takdak tempat.

setelah berlalunya 15 minit, miss ai turun semula ke butik. beliau menyeluk beg sandang/sling bag miliknya dan dikeluarkan wallet beserta sebuah passbook. sekali lagi miss ai keluar dari butik. kali menuju ke arah escalator hotel yang menuju ke bahagian belakang bangunan. first escalator. second escalator. third escalator. forth..

"celaka! depa tak bukak pulak tangga ni"

ni lah kelemahan escalator yang menggunakan sistem step-sensor. not motion-sensor ok. tak sama.
had yang ni kena pijak tepat pada sensor nye barulah escalator tersebut bergerak. yang satu ni tak tau lah bukak atau rosak.

miss ai toleh ke kanan jalan. pasai nya jalan ni one way. the coast is clear. beliau pon melintas ke seberang jalan. menuju ke arah bangunan yang mencetuskan agenda terpenting. terdapat dua orang pekerja penyelenggara berpakaian hijau sedang asyik melakukan kerja mereka walhal mata depa dok meliau kiri kanan kot-kot ade awek-awek cun lalu depan mata. especially awek-awek cina yang seksi tatkala depa nak pi lunch tengah hari itu.

miss ai entered the building. bank rakyat. bank pilihan anda. namun, ini bukanlah pilihan beliau kerana tujuan asal beliau membuka akaun di bank ini adelah untuk urusan kerja. nasib baik wat akaun kat bank ni murah. miss ai pon menerpa ke arah atm mchine yer terletak dalam 10 tapak dari pintu masuk. kad bank dan henpon dah tersedia kemas dalam tangan. kad atm di masuk. segalanya berjalan lancar. akan tetapi, kelancarannya kecundang pabila kad atm ditendang semasa menekan button pertanyaan baki. slip urusniaga keluar dari salah satu mulut machine. diikuti dengan kad atm tersebut.

miss ai membaca nota tertera pada slip urusniaga

miss ai, jom lunch sama..

eh, silap

trans status: rejected [retained pin]

"celaka betul! masuk ni dah lebih 5 kali dari ari sabtu  lepas!"

miss ai menyumpah-nyumpah. pada machine dan jugak kad. pada beliau, mereka lah yang bersalah. itulah yang mencetuskan kebengangan miss ai dari hari sabtu lepas dimana beliau gagal dalam urusniaga yang dilakukan bersama machine yang tidak mempunyai otak itu. dengan hati yang tekad, miss ai berjalan menuju ke information counter. tiada orang. ke tandas barangkali. even mamat yang try nak tackle miss ai pon tak nampak batang idung dia. tanpa was-was miss ai menekan button 'lain-lain urusan' pada machine nombor giliran. belum sempat panaskan seat, nombor beliau dipanggil. miss ai pon mengajukan ketakpuasan hatinya pada bank officer yang memakai mask. demam kot.

"kad i tak leh nak wat transaction lah"
" yeke?"

miss ai menghulurkan atm card pada officer tersebut.

"emm.. ic?"
"oh?!"

miss ai mengorek wallet louis vuitton yang dibelinya di downtown cheras tempoh hari.

"tak ade ke?"
"ade ade" 
dalam hati miss ai.. "perli nampak..?"

di huluqnya ic beliau. hodoh sungguh wajah pada ic tersebut. umur 14 tahun. lepas pindah dari sg buloh, sel ke jb. ingin saja beliau menampal gambar-gambar cun yang ade dalam koleksinya untuk meng-cover wajah hodoh tersebut. selalu wat untuk matrix card poly. officer tersebut ke meja di belakang lalu dikerjakan kad-kad tersebut. setelah 2 minit, officer itu kembali.

"lupa pin mumber ke?"
"taklah. betullah tu. aritu mula-mula pakai guna number yang sama jugak"
"yeke? cuba try balik"
"ok. lau sama jugak?"
"tak pe try je dulu. guna number yang sama"
"ok ok"

miss ai beredar dari counter. ape yang beliau perasan sebelum itu adelah adengan ketawa perli antara officer tersebut ngan colleaguenya.

dalam hati miss ai.."celaka kau perli aku ke? don't laugh la you!"

miss ai kembali kepada machine atm yang setia menunggu manusia-manusia yang memerlukan khidmatnya. lagi sekali, muka miss ai menjengah di hadapan skrin monitor machine

dalam hati machine (sekiranya machine ni punyai hati).. "budok ni lagi?!"

miss ai pun menyumbatkan atm card ke dalam salah satu mulut machine. dilakukan perkara yang sama seperti sebelumnya. dan sekali lagi hasilnya sama. gagal. kegagalan tersebut mengheret kaki miss ai kembali ke dalam ruang bank. muka sedikit kecewa. kepala hotaknya ber-puzzled.

dalam kepala hotak... "betul lah pin number tu yang aku guna dulu. ape yang salahnye?"

ya.. pin number tersebut telah disavekan kedalam henpon kot-kot lupe pada hari beliau membuat kad bank dulu. namun dengan pin number tersebut jugaklah beliau gagal.

miss ai duduk sebentar di kerusi oren milik bank. officer tadi tiada di counter. tetiba secured door di kiri beliau terbuka. sorang mamat keluar through the door. eh. mamat tu ropenye. ingatkan tak de tadi. mamat tu duduk selang 3 kerusi dari miss ai. nak mengayat la tu. sebuah soalan dilontarkan.

"nape? kad tak leh guna?"

wat-wat concern..

"a-ah. dari tadi lagi"
"bagi kad dan ic"

mamat tersebut beredar masuk semula ke dalam office bank. tak sampai 10 saat kad-kad kepunyaan miss ai berada di tangan officer yang sama. soalan yang sama diajukan tentang kegagalan kad itu berfungsi. atau adakah ia daripada kegagalan miss ai sendiri? arahan sama dikeluarkan untuk mengesahkan kad tersebut. except kali ini ade ditambah satu soalan

"kalau sama jugak?"
"em.. kena wat kad baru lah"
"8 ringgit je kan?"
"a-ah"

lagi sekali miss ai ke atm machine yang seperti tak pernah bosan dengan kehadiran beliau ke situ.

dalam hati machine.. "la.. budok ni lagi? berapa kali daa?"

hasil tetap sama. miss ai bagaikan mahu give-up sahaja dari peperangan ini. fikiran buntu. muka sedih. namun, tekad miss ai selepas itu adelah semudah abc. wat kad baru. miss ai kembali ke seat oren tersebut. mamat itu masih lagi ade. tang bila dia keluaq dari office tak tau. soalan yang dilontarkan tetap sama. tapi kali ini dengan jawapan yang berbeda. nak wat kad baru.

"kat kotak tengah-tengah ade borang untuk automatic transcation banking. kena isi borang dulu"

wat-wat concern

tanpa berkata-kata, miss ai segera melangkah ke arah kotak yang dimaksudkan. borang diisi. nombor giliran dah dapat. tak sempat duduk nombor dipanggil. kali ni officer lain. the one yang dok gelak sama dengan officer sebelum tu.

"nak wat kad baru lah"
"nape ngan kad? rosak"
"tak rosak. ntah la. talk lah nak guna"
"lupe number pin ke?"

huh! dah agak dah. mesti soalan itu yang kedengaran. miss ai mengiakan saja. malas beliau nak berfoya-foya buang masa. dah la masa break dah nak abis. borang permohonan dihuluqkan. termasuk kad yang lama serta ic beliau. urusan mengambil masa kurang 10 minit tapi lebih 5 minit. setelah selesai, miss ai menjengah kembali ke machine tersebut.

dalam hati machine.. "arrgghh!asyik-asyik muko budok nih!"

akhirnya miss ai mengheret nafas lega setelah beliau berjaya menggunakan kd atm tersebut. berbekalkan pin number yang baru. sempat juga beliau membuat pengesahan internet banking. sekarang kan zaman jalur lebar. miss ai keluaq dari bank dengan senyuman yang panjang lebaq sampai ke telinga. bank tersebut langsung beliau tak toleh. mungkin dari jauh machine atm itu memerhatikan miss ai yang berlalu pergi.

dalam hati machine.." bagai kacang lupakan kulit.."


dalam hal ni adekah miss ai benar-benar lupa pin numbernya atau dia yang salah save dalam henpon tempoh hari?

hahaha.. korang bacelah entri mengarut aku ni. kejadian ni benar-benar berlaku siang tadi. oh ye.. nape aku tak tulis miss ai tak lunch? sebab hari ni dia puasa ganti...

No comments:

Post a Comment