Friday, October 22, 2010

Kalut

stesen berikutnya cempaka. next station cempaka

miss ai pon menyeluk beg plastik ditangannya. 

Aik? mane pulak ni?!

teet teet teet. pintu tren dibuka. miss ai pon melangkah keluaq dari tren. mukanya chuak. tangannya masih meraba-raba kandungan beg plastik merah di tangannya. tak ada. sempat jua beliau menjengah semula ke dalam tren yang masih terbuka luas pintunya. bunyi amaran telah kedengaran menandakan tren akan berjalan menuju ke destinasi seterusnya. tak ada.

hishh.. mane pulak nih? jangan lah tercicir pulak..

dikeluarkan satu-satu isi kandungan beg plastik itu. akhbar malay mail. handphone. tupperware lunch. tak ade. beliau pon buka beg yang disandang di belakangnya. dibuka satu-satu poket beg. masih tak ada. dikeluarkan dompetnya dari dalam beg. masih tak ada.

pulak dah.. mane nih?

dengan perasaan panic seperti citer panic room beliau tetap menyeluk beg plastik merah tersebut.

ish! tadi aku masukkan dalam ni. mane pulak? aku dah lah takde duit nak replace nih!

keadaan di pintu keluar telah lengang. hanya tinggal pakcik guard yang dok perhati beliau dari tadi dengan muka chuaknya. di dalam kepalanye dah mula menyusun ayat bagi meng-explain pada pekerja di kaunter tiket sekiranya apa yang beliau cari betul-betul hilang.beliau sekali lagi mengeluarkan isi perut beg tersebut. di tunggang terbalikkan akhbar free malay mail tersebut lalu jatuh lah suatu objek.

hah!

beliau pon membongkok lalu mengutip objek tersubut

astagfirullahalzim..

miss ai mengucap panjang. betapa leganya diri beliau setelah berjumpa semula dengan barang yang menjadi nadi penggerak seharian.

miss ai pon berjalan menuju ke pintu keluar.

tit tiit

alhamdulillah..

miss ai pon bergegas meninggalkan kawasan tersebut sambil manarik nafas lega.

fuh~ aku bersyukur sangat. ingatkan dan ilang tadi. boleh jadi gila meroyan aku sekejap. takde kad ni camne aku nak pi kerja? mahal-mahal aku beli tuu..

jantung and nyawa aku

2 comments: