Thursday, October 21, 2010

Cita-cita, Angan-angan dan Impian

Cikgu: murid-murid, hari ini cikgu nak bercakap pasal cita-cita. kamu semua ada cita-cita tak?
Murid-murid: adeee..!
Cikgu: bagus. baik, sekarang cikgu nak tanya setiap kamu mengenai cita-cita kamu semua. cikgu mulakan     
           dengan Ali. 
Ali pun bangun.
Cikgu: Ali, apekah cita-cita kamu?
Ali: Saya nak jadi seorang doktor, cikgu
cikgu: bagus. baiklah. hah, murthy.
Murthy pon bangun.
Cikgu: apekah cita-cita kamu?
Murthy: saya mahu menjadi seorang jurutera, cikgu.
Cikgu: bagus-bagus. hmm.. Salina
Salina pon bangun.
Cikgu: Salina. bagitau kelas cita-cita kamu
Salina: saya ingin menjadi seorang peguam, cikgu

Haa... mesti korang pernah mengalami situasi cam yang kat atas tu kan? especially time sekolah rendah dulu. aku pon same. dulu, mase cikgu aku tanye aku pasal cita-cita aku, huish... jawapan aku tak nak kalah ngan orang lain. macam-macam. angkasawan. peramugari. doktor. tu adelah antara yang ditulis dalam profil murid time aku sekolah rendah.

bila dah masuk sekolah menengah dah tukaq sikit. aku nak jadik seseorang yang berkaitan dengan seni. tapi at the same time aku ade rase cam nak jadik cikgu. aku suke berangan jadik cikgu. dengan koleksi buku cerita dan buku sekolah yang ade, aku pon menganggap diri aku ni seorang cikgu bertauliah. siap ngan pembaris besi ayah aku. serta kapur papan itam yang aku cilok kat sekolah. aku pon lunaskan angan-angan cikgu aku tu. murid-muridnye? barisan kucing-kucing aku. depa ni memang suka dok sekumpul.

tu cerita zaman dulu. tapi ape yang orang tak tau mase dulu, walaupun aku bercita-cita besar lagi tinggi, aku ade berangan nak kerja kat opis. opis ape aku tak pikir. sebabnye dulu aku selalu ikut ayah aku pegi opis dia time dia kerja kat tv3 dulu. suasana opis tu aku tengok cambest je. ade desk sendiri. leh letak hiasan yang comel-comel belaka. leh letak gambar yang tersayang sebagai dorongan semasa bekerja. suke betul aku. aku dapat rasakan angan-angan itu bakal jadik kenyataan.

bile abis sekolah menengah, aku berangan nak jadi fashion designer. heh. mase nak apply poli aku pon berharapan untuk merealisasikan angan-angan aku tu. yang aku tak pikir mase apply adelah bab menjahit. aku ni nak kate terrer menjahit tak lah. aku lebih menjerumus ke arah kesenian seperti melakar. wat fashion sketches. memang belambak kat umah aku fashion skatches yang aku wat bila boring. bila dah masuk poli, terkial-kial lah aku dok depan mesin jahit. satu hapa pon aku tak tau. kat umah memang mak aku menjahit. tapi aku tak amik port.bagi aku menjahit ni kampung. bila lecturer suh jahit yang basic, aku pon melangut. tanya orang tu. tanya orang ni. mula kalut. heh. kelakaq betul rasanya bila pikir balik pasal tu. sekarang aku pon kerja benda yang berkaitan ngan ape yang aku belajaq kat poli. tapi tu bakal berubah. jeng jeng jeng..

aku ade gak satu impian mulia. nak bukak shelter home. bukan untuk umat manusia. untuk depa dah banyak sangat. ini untuk makhluk Allah yang lain. cat's shelter. tu lah yang menjadi impian aku dari dulu sampai la ni. bile aku terjumpe kucing-kucing terbiaq kat tepi jalan aku mesti rase sedih. takdak sape nak jaga depa. makan pon ala kadar. compang camping. ade yang tempang. cedera. telinga ilang sebelah. yang haru bile terjumpe mayat kucing kena langgaq kat jalan. memang celaka orang yang melakukan jenayah ini.

hehe.. bile mengingati semula bab ni. aku senyum kambing sorang-sorang. lepas ni ape pulak yek? rase cam nak bukak kedai. impian gak tu.

bermula dari angan-angan. bercambah jadi cita-cita. membesar jadi impian

No comments:

Post a Comment