Saturday, October 16, 2010

Cerita Hari Sabtu

Ari ni kerja.. cam biasa lah. perasaan bosan tu tetap ada. sok-sok aku tak yah datang kerja ari sabtu lagi. opah siap cakap jangan lupa pasai jahitan. nanti leh wat part time jahit. saturday cuti. ye lah opah nyee.. aku iakan aje. kepada korang yang seronok bercuti ari sabtu, aku ucapkan selamat membuat taik mata lebih arini.

jam berjalan agak perlahan ini hari. orang yang mencipta jam ni takda cipta jam yang cepat ka? tapi bila bangun pagi terasa cam cepat pulak malam berlalu. nak tidoq pon tak puas. aku dok la mengira time dari masuk kerja sampai balik. 9.17 pagi.. 10.15 pagi.. 11 pagi.. 12.36 tengah hari.. haishh~ kenape slow sangat nih? kul satu lunch break. sekejap ja dah kul 2. aku tak sempat nak huha-huha dah kena masuk kerja balik. aku tengok jam lagi. baru 2.55 petang. nak menyampaikan ke pukul 4 punyelah seksa. 3.25 aku gi toilet. saja nak membuang masa yang sudah sedia terbuang. saja dok lama dalam toilet tu. dah memang lazim aku lagi 30 minit before balik akan ke toilet.

cerita pasai toilet, pagi tu aku ada pi toilet sekali. around 11 am gitu. time tu tengah dok layan mp3. telinga sumbat earphone. pi la toilet.. dah tak tahan dah nih! time nak keluaq dari bilik kecik (jamban la tu) kaki aku tertarik cable mp3. lalu terjatuhlah ia ke dalam toilet hole. celaka! aku cakap sensorang dalam toilet. udah la tu earphone terakhir yang tinggal. lain dah rosak. walaupun tinggal yang tu saje, lau cable je basah tak heran lagi. ni yang masuk ayaq tang cocok dalam telinga pulak tu. aku ade berangan-angan gak nak beli yang baru. sebabnye yang tu sebelah je boleh dengaq. akhirnye angan-angan jadik kenyataan. berbekalkan wang rm30,(sebab tu je duit yang aku ade dalam poket) aku tekad nak pi carik earphone baru pas kerja. dok pikir kat mane aku nak carik nih? times square la kot.

last-last aku tak pi times square. sebaliknya aku pi kl teruih. aku pi ngan member kerja aku department beading (jahit-jahit pon ade department ka?). dia ade cakap yang dia nak pi carik baju untuk kakak dia pi dinner. kami naik monorail dari stesen raja chulan turun kat medan tungku. dia ajak pi maju junction sat. nak carikkan baju untuk kakak dia pakai pi dinner sekolah. la ni sekolah pon ade wat dinner. time aku dulu? setakat jamuan kelas je lah. member aku habaq kat maju junction ade gak tempat jual barang gadjet nih. kami pi la kedai tu. aku tanye la sorang mamat merangkap salesman kat situ. dia boleh ejek sora aku wat ala2 halus. aku tau la sore aku ni kecik je. celaka kau! dah la takde barang yang aku carik, ko wat cam tu pulak. kecik ati aku tau. kedai kau aku dah blacklist.

lantas kami pon berjalan menuju ke pertama compleks. member aku kate kat situ pon ade gak. kami enter. masuk-masuk jek kiosk-kiosk henpon berlambak.. cam-cam jenis ada. paling basic sampai la paling canggih. teringat kat angan-angan aku yang satu lagi. nak tukaq henpon baru.. kami menuju ke kiosk yang ade jual earphone. memang banyak pilihan. ade murah. ade mahal.

salesgirl: ya amoi, mau cari apa?
aku: i mau cari earphone tuk mp3. adaka?
salesgirl: ada. 
dia pon tunjuk kat aku koleksi earphone yang dia jual kat kedai dia.
salesgirl: yang ni 15 ringgit 
dia tunjuk bahagian bawah. aku tengok. ni earphone tuk henpon.
aku: mp3 boleh masuk ka?
salesgirl: boleh jugak
aku: yang ni berapa?
aku tunjuk kat dia bahagian tengah-tengah.
salesgirl: ini 20 ringgit. yang ni 30 ringgit. mau bunyi kuat yang atas ni ma. yang ni sama bawah biasa saja
aku: oo.. 

aku pon dok belek. atas. tengah bawah.

aku: saya mau tengok yang ni boleh ka?
aku tunjuk kat salesgirl tu yang 15 ringgit punye. bajet tak mau yang mahal-mahal.
salesgirl: yang ni mau buka kena beli. saya kena gunting
aku: aiyo. itu macam ka? saya mau test dulu ma.
disebabkan ade pulak polisi begitu, aku pon beralih ke bahagian tengah.
aku: saya mau test yang ni boleh?
salesgirl: boleh. nanti saya buka
dalam ati aku, yes. aku pon keluaqkan mp3 aku untuk ditest earphonenye. aku pon cocok la cable tatkala amoi tu bagi aku earphone. aku sumbatkan telinga aku dengan earphone. takdak bunyi pon.
aku: aa.. takda bunyi la
salesgirl: takda bunyi aa? mari saya try
amoi tu pon menyumbatkan telinga dia.
aku: ada bunyi tak? suda tekan play?
salesgirl: suda-suda. takda bunyi oo..
aku pon garu kepala. nak test yang lain dalam kumpulan yang sama mesti result dia pon sama jugak. aku tanye pendapat member aku.
aku: camna ni yek kak zai?
kak zai: ija try yang ni pulak lah.
member aku tunjuk bahagian atas
aku: mmm..
aku dok pikir. atas bahagian mahal. 30 ringgit.
salesgirl: atau u mau yang memang untuk mp3 punya.
aku: mana?
salesgirl: yang ni loo...
kak zai: uish.. tu dia. ada gambar tengkorak..
aku: ye la..
aku belek tang amoi tu tunjuk.
aku: ni berapa?
salesgirl: ni 30 ringgit. sama
aku: i see.. akak, yang mane yek?
kak zai: ija amik yang tengkorak tu lah (dia gelak)
aku tengok balik. sebelah dia corak pooh.
aku: lau yang ni cam kanak-kanak pulak yek. i nak try yang ni lah
aku tunjuk kat amoi tu yang ade gambar tengkorak. amoi tu pon bukak kotak earphone. dihulurnya aku earphone bertahtakan corak tengkorak. aku pon cocok cable dan dengaq. ade bunyi. sedap pakai. dengan serta-merta aku mangambil keputusan mengambil keputusan membeli jenama.. jenama ape ni yek? tak kesah lah. janji boleh dengaq sudah.
aku: belakang ni ade corak ape lagi?
aku belek belakang-belakang. corak bintang. tak cantik. nampak biase. tak rock.
kak zai: yang tengkorak ni lawa sket ija. lepas nih opah panggil sah tak dengar
aku pon ketawa tak terbahak.

akhirnya terbang rm30 aku. dah la tu ja duit aku time tu. aku tak gi jolok lagi. malas tul nak ke bank. padahal dah lalu depan bank awalnye sebelum sampai maju junction tadi. kami pon blah dari kawasan tersebut. time keluaq tu tetiba aku didatangi oleh sorang mamat.

mamat: awak! awak!
aku wat boh layan kat dia
mamat: awak, kitorang ade wat special promotion. dapat henpon free
aku: tak mau la.. dah ade dah
mamat: ade broadband gak
aku: tak mau la..
mamat: boleh la.. broadband free
aku: dah ade dah 
aku teruskan langkah. tak sangka dia dok ikut aku
mamat: pakai broadband ape?
aku: broadband lah
dia dok ajukan soalan yang sma berulang-kali. rimas aku.
aku: saya tak mau lah
aku bertegas
mamat: oklah terima kasih yek
aku angguk je. celaka betul. ape dia ni tak paham bahasa ke? ade muke aku nampak berminat kat ape jugak barang yang hang juai? tak da kan. so.. blah je lah. rope pon takda rope jurujual. dress-up cam nak bawak awek pi merempit je.. ade ati ko nak jual barang ngan aku? sory aku tak layan jurujual picisan gaya ko. kalu muke ko hensem ala gu junpyo atau ian somerhalder berminat gak aku.

kami terus ke area arked jalan tar. orang ramai tu biase lah. lalu depan orang oku dok nyanyi. nak huluq, poket dah langsai. takkan aku nak huluq kad atm aku lak. kami terus ke sebuah arked dalam bebanyak arked kat situ. belek punya belek. tanya punya tanya. yang berkenan tak mampu dimiliki pulak. melebihi bajet. last-last member aku cakap nak pi balik kat maju junction. lagi cantik dan murah katenye. aku pon suarekan ati aku yang aku nak beransur dulu. jam dah kul 5. kang lambat payah. member aku pon cakap yang aku leh balik dulu. rase cam tak sedap ati je sebab blah gitu je. tapi aku rase dia paham. aku dok ngan family. lau menyewa suka hati akulah nak balik kul bape.

akhirnya 6.30 petang aku sampai rumah. lega rasa nya dapat berenang atas tilam..

rasa cam nak pi lagi jalan tar. tapi wang akan dihibernasi. camne nih?

  

2 comments:

  1. erm..awat mahai sgt earphone?
    akak dpt dari rm10-rm30...
    erm...yang murah pun dah sedap bunyi nyerk.
    :D

    ReplyDelete
  2. tu la silapnye..
    lupe nak tawar menawar
    kot2 leh dpt murah sket

    ReplyDelete